0
Definisi / Pengertian Nikah Mut'ah  Dalam Kitab Ibanatul Ahkam syarah Kitab Bulughul Maram

BAB I
PENDAHULUAN

A.    Latar Belakang
Perkawinan dalam bahasa Arab menggunakan perkataan nikah yang secara bahasa bermakna menyatu dan memasuki. Ia juga digunakan untuk menunjukkan persetubuhan dan akad. Ada yang mengatakan kalimat ini digunakan untuk menunjukkan akad sebagi kiasan sebab akibat. Ada yang mengatakan kalimat ini memiliki dua makna iaitu akad dan persetubuhan, tetapi kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan makna akad. Perkataan nikah juga sering kali digunakan untuk menunjukkan makna sentuhan, seperti “Air hujan menyapu bumi”. Menurut Imam al-Syafi’i dan mazhab Hanafi, hakikat kalimat nikah adalah persetubuhan, sementara mengertikannya sebagai akad adalah majaz.

B.    Rumusan Masalah
1.    Hadist tentang nikah mut’ah.
2.    Makna, analisis lafazh, dan fiqih hadist.

C.    Tujuan Penulisan
1.    Sebagai tugas kolektif yang diberikan oleh dosen pembimbing mata kuliah Hadist Ahkam 1,
2.    Sebagai penambah khazanah keilmuan dalam mempelajari Hadist Ahkam 1, khususnya mengenai Nikah Mut’ah.


BAB II
PEMBAHASAN


224- Daripada Salmah bin al-Akwa’ (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) memberikan kelonggaran menikah mut’ah pada tahun penaklukkan kota Makkah selama tiga hari, kemudian baginda melarangnya semula.” (Riwayat Imam Muslim: 1024).
225- Daripada Ali (r.a(, beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) melarang nikah mut’ah pada tahun Perang Khaibar.” (Muttafaq ‘alaih: 1025).
226- Daripada Ali (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah melarang nikah mut’ah dan memakan keldai kampung sewaktu Perang Khaibar. (Diriwayatkan oleh al-Sab’ah selain Abu Dawud: 1026).
227- Daripada Rabi’ bin Saburah daripada ayahnya bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Aku sebelum ini telah diberi kebenaran untuk melakukan nikah mut’ah, namun sekarang Allah telah megharamkannya hingga hari kiamat. Jadi, barang siapa yang mempunyai isteri dengan cara nikah mut’ah, maka hendaklah dia melepaskannya dan janganlah kamu mengambil mas kahwin yang telah kamu berikan kepadanya.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasa’i, Ibn Majah, Ahmad dan Ibn Hibban: 1027).

Makna Hadith

Ketika nikah mut’ah tidak dikategorikan sebagai perbuatan zina, namun ulama ahli sunnah tidak mengemukakan satu takrif yang jelas terhadap amalan pernikahan ini selain sekadar menjelaskan yang intinya adalah seorang lelaki yang memakai wanita untuk disetubuhi dalam waktu yang telah ditentukan dengan bayaran sesuai dengan kesepakatan bersama antara mereka, sementara wanita itu tidak berhak mendapatkan nafkah, malah dia juga tidak wajib beriddah kecuali sampai dia suci. Mazhab Imamiyah memberikan masa iddahnya hingga sampai dua kali suci. Oleh kerana mut’ah merupakan pelecehan terhadap kaum wanita kerana mereka dianggap barang dagangan yang boleh diperjualbelikan, maka Islam mengharamkannya, meskipun sewaktu itu diharamkan masih wujud keringanan yang membolehkannya lantaran ada alasan-alasan yang jelas.

Al-Nawawi berkata: “Pengharaman dan pembolehan nikah mut’ah terjadi sebanyak dua kali. Pertama, nikah ini dibolehkan sebelum Perang Khaibar, kemudian diharamkan pada waktu Perang Khaibar. Kedua,
kemudian dibolehkan semula pada tahun penaklukkan kota Makkah, kemudian diharamkan untuk selama-lamanya sampai hari kiamat.”

Analisis Lafaz
ﺭﺨﺹ     dibolehkan setelah sebelumnya pernah dilarang. Biasanya, rukhsoh diberikan dengan ketentuan syarat tertentu.
ﻋﺎﻡ ﺃﻭﻁﺎ ﺱ    Pada tahun kemenangan.
ﺍﻠﻤﺘﻌﺔ      Nikah mut’ah.
ﻋﻨﻬﺎ     Yakni nikah mut’ah.
ﻤﻨﻬﻥ      Para wanita yang dinikahi dengan cara nikah mut’ah.
ﻔﻠﻴﺨﻝ     Hendaklah meninggalkannya.
ﺴﺒﻴﻠﻬﺎ     Biasakanlah untuk memutuskan nikah mut’ah.
ﺍﺘﻴﺘﻤﻭ ﻫﻥ     Apa-apa yang telah kamu berikan, baik berupa harta maupun yang lainnya sebagai upahnya.

Fiqh Hadith
1. Haram melakukan nikah mut’ah berdasarkan ijma’ ulama. Sekumpulan sahabat ada yang masih menetapkan rukhsah nikah mut’ah ini, tetapi dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka telah pun rujuk daripada pendapat ini. Malah menurut Ibn Rusyd, riwayat yang mengharamkan nikah mut’ah adalah mutawatir.

2. Diharamkan memakan daging keledai kampung, yakni keledai jinak.
228- Daripada Ibn Mas’ud (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) melaknat muhallil (pelaku cina buta) dan muhallal lahu (orang yang mahu diajak bercina buta). (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Nasa’i dan al-Tirmidhi yang sekali gus menilainya sahih: 1028)
229- Dalam bab ini ada hadith Ali (r.a) yang diriwayatkan oleh al-Arba’ah selain al-Nasa’i: 1029)

Makna Hadith
Allah (s.w.t) berfirman:
“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteriisteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah
aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 229)

Hadith ini menjelaskan jika talak tiga telah dijatuhkan, maka wanita itu tidak halal lagi bagi suaminya sampai wanita tersebut menikah dengan lelaki lain. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:
“Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.” (Surah al-Baqarah: 230)

Suami kedua mestilah benar-benar ingin mengahwini perempuan itu tanpa ada unsur paksaan daripada suami pertama. Jika mereka bercerai lagi, maka suami pertama boleh berkahwin semula dengan mantan isterinya yang pernah ditalak tiga itu. Namun ada sesetengah pihak yang melakukan cina buta, di mana
seorang suami menyuruh orang lain untuk mengahwini isteri yang telah diceraikannya supaya halal baginya untuk dikahwininya lagi, kemudian Rasulullah (s.a.w) melaknat muhallil dan muhallal lahu. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa muhallil dianggap sebagai pelacur pinjaman. Hadith ini merupakan dalil yang mengharamkan amalan cina buta.

Analisis Lafaz
ﻠﻌﻥ      Dido’akan agar dijauhkan daripada rahmat Allah
ﺍﻠﻤﺤﻠﻝ     Dinamakan demikian, karena dia menikahi perempuan yang ditalak tiga, kemudian dia menceraikannya agar boleh dikawini lagi oleh suami pertama yang menceraikannya.
ﺍﻠﻤﺤﻠﻝ ﻠﻪ     Suami yang menjatuhkan talak tiga.
ﻭﻔﻲﺍﻠﺒﺎﺏ ﻋﻥﻋﻠﻲ     Sanadnya dhaif, karena ada mujalid, karena dia seorang yang dipertentangkan dalam meriwayatkan hadist. Demikian pula hadist Jabir, Abu Hurairoh, ‘Uqbah bin ‘Amir dan ibnu Abbas.

Fiqh Hadith
1. Haram melakukan cina buta.
2. Haram menghalalkan isteri yang telah ditalak tiga oleh suaminya dengan melakukan cina buta, kecuali jika dia menikahinya tanpa niat untuk menghalalkannaya. Jumhur ulama berpendapat bahawa nikah seperti ini batil, sementara wanita tersebut tetap tidak halal lagi bagi suaminya yang pertama. Menurut mazhab Hanafi, nikah dianggap sah namun syaratnya dianggap batal dan wanita tersebut berhak mendapatkan mahar mitsil. Jika suami kedua menyetubuhinya, kemudian menceraikannya, maka suami pertama boleh menikahinya setelah masa iddahnya berakhir. Dalil mazhab Hanafi adalah perkataan al-muhallil yang membawa maksud pernikahannya itu adalah sah. Namun jumhur ulama menyanggah pendapat ini dengan mengatakan bahawa istilah al-muhallil tidak dapat difahami mengikut maknanya yang sebenar, kerana Rasulullah (s.a.w) melaknat perbuatan mereka dan laknat tidak ditujukan kecuali

ke atas perbuatan yang diharamkan. Sementara perbuatan haram dilarang dan perbuatan yang dilarang akan menyebabkan fasid. Al-Tirmidhi menukil perkataan Waki yang mengatakan sepatutnya
perbahasan dalam masalah ini dinisbahkan kepada ashhabur ra’yi.

Penting
Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut hadith ini setelah pengharaman nikah mut’ah, kerana menurut sekumpulan ulama permasalahan ini adalah sama, di mana kedua-dua bentuk nikah ini memiliki niat untuk menceraikan wanita yang akan dinikahinya dalam waktu yang telah ditentukan.

230- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: “Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Orang berzina yang pernah dijatuhi hukuman hudud tidak patut berkahwin kecuali dengan perempuan yang sama dengan dirinya.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan periwayatnya thiqoh: 1030).

BAB III
PENUTUP

A.    Kesimpulan

1.    Haram melakukan nikah mut’ah berdasarkan ijma’ ulama. Sekumpulan sahabat ada yang masih menetapkan rukhsah nikah mut’ah ini, tetapi dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka telah pun rujuk daripada pendapat ini. Malah menurut Ibn Rusyd, riwayat yang mengharamkan nikah mut’ah adalah mutawatir.

2.    Haram melakukan cina buta.

3.    Haram menghalalkan isteri yang telah ditalak tiga oleh suaminya dengan melakukan cina buta, kecuali jika dia menikahinya tanpa niat untuk menghalalkannaya. Jumhur ulama berpendapat bahawa nikah seperti ini batil, sementara wanita tersebut tetap tidak halal lagi bagi
suaminya yang pertama.

B.    Kritik dan saran
Demikian makalah sederhana ini kami susun. Terima kasih atas antusias dari pembaca yang telah sudi menelaah dan mengimplementasikan isi makalah ini, tentunya masih banyak kekurangan dan kelemahannya, kerena terbatasnya pengetahuan dan kurangnya rujukan atau referensi yang ada hubungannya dengan judul makalah ini.

Penulis banyak berharap para pembaca untuk memberikan saran dan kritik konstruktif kepada penulis demi kesempurnaan makalah ini dan makalah di kesempatan berikutnya yang akan membawa kepada suatu kebenaran.Semoga makalah ini berguna bagi kelompok kita pada khususnya juga para pembaca yang dirahmati Allah Azza wa Jalla. Amiin

Poskan Komentar

 
Top